Tun Dr Mahathir nyatakn anti Yahudi sikap ini diambil oleh Bendahari Australia

MELBOURNE : Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa pernah mengeluarkan kenyataan anti Yahudi, kata Bendahari AustraBendahari Australia, Josh Frydenberg lia hari ini dalam perang mulut berhubung kemungkinan penempatan semula kedutaan Australia ke Baitulmaqdis.

Bendahari Australia, Josh Frydenberg 

Penempatan semula itu dicadangkan Perdana Menteri Australia, Scott Morrison pada kempen pilihan raya tempatan bulan lalu, sekali gus menarik perhatian Indonesia dan Malaysia.
Dr Mahathir, 93 menimbulkan persoalan penempatan semula kedutaan itu pada mesyuarat bersama Morrison di Singapura semalam dan memberitahu wartawan, beliau bimbang ia boleh meningkatkan risiko serangan atau ancaman.
“Saya jelaskan bahawa dalam menangani keganasan, seseorang perlu tahu penyebab (ia berlaku). Menambah punca tidak akan membantu semua ini,” katanya.
Bendahari Australia, Josh Frydenberg membalas kenyataan itu dengan berkata Canberra akan membuat keputusan sendiri dan menarik perhatian berhubung kenyataan dibuat Dr Mahathir sebelum ini mengenai masyarakat Yahudi.
“Beliau memanggil kaum Yahudi sebagai ‘manusia berhidung bengkok’. Beliau mempersoalkan jumlah kematian penduduk dalam Holokaus. Beliau mengharamkan tayangan filem ‘Schindler’s List’,” kata Frydenberg, anak kepada penduduk Yahudi yang terselamat dari tragedi Holokaus itu kepada wartawan di sini.
Dalam wawancara bersama BBC bulan lalu, Dr Mahathir berkata ‘masalah di Asia Barat bermula dengan kewujudan Israel’ dan beliau mempertahankan gelaran dibuat terhadap masyarakat Yahudi sebagai ‘manusia berhidung bengkok’ yang pernah disebut menerusi buku tulisannya, The Malay Dilemma.
“Mereka manusia berhidung bengkok. Ramai orang menggelarkan masyarakat Melayu sebagai ‘berhidung kembang’ dan kami tidak membantah,” katanya.
Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri tertua dunia ketika ini turut mencabar kesahihan jumlah kematian 6 juta penduduk Yahudi dalam peristiwa Holokaus dengan berkata, kematian sebenar hanya membabitkan 4 juta penduduk.
Tayangan filem Schindler’s List diharamkan di Malaysia pada tahun 1994 kerana disifatkan sebagai propaganda Zionis. - Agensi

Sumber : bh
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==