{TAMERLOH} Budak 10 tahun dicabul, didera di rumah anak yatim

TEMERLOH - Seorang kanak-kanak perempuan trauma selepas dicabul dan didera di sebuah rumah kebajikan anak yatim baru-baru ini.


Dalam insiden tersebut, kanak-kanak berusia 10 tahun itu didakwa diraba di badan dan alat sulit selain didera dengan tangannya diikat dan kakinya dibakar.
Difahamkan, kejadian itu turut melibatkan sekumpulan murid lain.

Ibu mangsa yang berusia 30 tahun berkata, dia amat terkejut apabila mendapat tahu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)  mengenai kejadian malang yang menimpa anak sulungnya itu.

Menurutnya, anaknya yang dulu seorang ceria kini bertukar sebaliknya. Katanya, dia kini trauma dan suka menyendiri.

"Anak saya dihantar ke rumah kebajikan berkenaan Jun lalu bersama adik lelakinya yang berusia enam tahun," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, dia mendakwa sebelum ini pernah mendengar pelbagai perkara buruk mengenai rumah kebajikan berkenaan, termasuk kanak-kanak dikurung dalam sebuah bilik yang kini dijadikan stor.

"Saya tidak mengesyaki apa-apa cuma sebelum ini pelbagai alasan diberikan jika kami ingin melawat dan pesanan WhatsApp pun tidak dibalas oleh warden," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood mengesahkan kejadian dan berkata,  polis masih melakukan siasatan



sumber : sinarharian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==